Salam, elo, pekaba. Ini merupakan satu blog yang kerjanya takde lain melainkan mengutuk. Tak kira apa sahaja yang wujud di dunia ni aku akan kutuk kalau aku rasa ia sepatutnya dikutuk. Tujuan mengutuk begini adalah agar manusia-manusia ni sedar supaya apa yang dia buat tu cantik sangat, lawa sangat padahal orang bukan main benci meluat dan menyampah terhadap gaya, style, cara atau apa sahaja yang dilakukan. Dan bila dia sedar samada dia akan tidak akan berbuat lagi atau dia akan melakukan perkara yang orang meluat itu secara intensif supaya orang akan bertambah meluat dan meloya sampai muntah hijau terhadap apa yang dilakukannya. Tiada maaf dipinta kalau kutukan aku ni aku sertakan dengan perkataan-perkataan yang maha dahsyat termasuk mencarut, memaki dan menghamun. Tak kira politik, ekonomi, sosial, hiburan dan tidak ketinggalan juga agama. Eh bodoh.... BUKAN KUTUK AGAMA TAU!!! Tapi kutuk orang yang seronok melakukan perkara-perkara yang bertentangan dalam agama atau mempermainkan agama. Malah golongan ini aku akan tambah dengan sumpah-seranah dan lengkap dengan doa agar dia dilaknat oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Tujuan ini dilakukan adalah agar samada manusia itu slow-slow akan sedar atau dia akan lebih cepat mampus kerana lebih baik manusia sebegitu pergi mampus dan jahannam dalam neraka dan kalau hidup pun tak guna sebab menyakitkan mata, telinga dan hati orang lain. Sorrylah aku ni tak reti buat cara baik macam ustad2 atau ustazah2 lakukan sebab cara diorang cara lemah-lembut. Pada aku manusia celaka gampang yang tak ingat Tuhan sememangnya seharusnya dikutuk dengan kutukan-kutukan ala-ala kamikaze supaya samada dia cepat sedar atau cepat mampus!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.